Polis Kelantan perkasa tiga elemen perangi Daesh

1034417489

TUMPAT, Isnin — Polis Kelantan akan memperkasa tiga elemen utama iaitu masyarakat, pencegahan jenayah dan risikan bagi membanteras anasir tidak sihat termasuk aktiviti kumpulan militan Daesh di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Dr Ab Rahman Ismail berkata, walaupun tiada sebarang aktiviti berkaitan kumpulan militan itu dikesan di negeri ini setakat ini, namun pihaknya akan meningkatkan aktiviti risikan bagi menangani sebarang ancaman radikal.

“Saya menggesa kesemua balai, dan pusat penginapan untuk meningkatkan tahap keselamatan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita di Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga Pengkalan Kubor di sini, semalam selepas melakukan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, seramai 14 individu ditahan oleh Bahagian Counter Terorrism Cawangan Khas Bukit Aman di sekitar Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah, selepas disyaki terlibat dengan kumpuan militan Daesh.

Dalam pada itu, Ab Rahman berkata, antara kawasan yang akan diberikan perhatian rapi adalah empat daerah bersempadan dengan negara jiran iaitu Pasir Mas, Tumpat, Jeli dan Tanah Merah.

Beliau berkata, selain itu, kawasan pelabuhan Tok Bali di Pasir Puteh juga akan menjadi keutamaan agensi itu dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan senjata api.

Katanya, semua agensi keselamatan di sempadan termasuk Agensi Kawalan Sempadan (AKSEM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia serta Jabatan Imigresen akan bekerjasama bagi memerangi aktiviti jenayah di kawasan sempadan. — Bernama

The post Polis Kelantan perkasa tiga elemen perangi Daesh appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?