Polis nafi temu duga terbuka jawatan konstabel

pdrm

BANGI, Sabtu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan khabar angin terdapat temu duga terbuka dan ujian fizikal bagi jawatan konstabel di seluruh negara seperti yang tersebar di laman sosial dan aplikasi WhatsApp, sejak beberapa hari lalu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, dakwaan temu duga yang akan diadakan mulai 5 hingga 30 November ini adalah tidak benar dan unit pengambilan Bukit Aman tidak pernah mengeluarkan sebarang makluman seperti yang tersebar.

“Pengumuman rasmi mengenai pengambilan sebarang jawatan polis hanya dibuat melalui portal rasmi www.rmp.gov.my dan Facebook rasmi http://ift.tt/2agjXxe; katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, calon yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan akan dipanggil untuk proses pemilihan sekiranya eksesais pengambilan unit PDRM dijalankan.

Sehubungan itu, warga Malaysia yang berminat boleh memohon melalui pendaftaran secara dalam talian di portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di www.spa.gov.my. -Bernama

The post Polis nafi temu duga terbuka jawatan konstabel appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?