Polis pandang serius laporan penyamaran sebagai Sultan Johor

ibrahim

JOHOR BAHARU, Rabu – Polis memandang serius satu laporan yang dibuat orang awam berhubung penyamaran pihak tertentu sebagai Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, di sini malam semalam.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penyamaran itu didapati telah membolehkan pihak berkenaan mengeluarkan kenyataan mengelirukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui sebuah blog iaitu suarakamibaru.blogspot.my.

“Tetapi, berdasarkan siasatan yang dilakukan kemudian, Sultan Johor tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sebagaimana yang terdapat di dalam blog berkenaan.

“Justeru, polis telah menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Ahmad Najmuddin menyifatkan penyamaran seperti itu boleh mengganggu-gugat ketenteran awam dan orang ramai dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan menyakitkan hati, menganiaya, mengugut dan menganggu orang lain. – Bernama

The post Polis pandang serius laporan penyamaran sebagai Sultan Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?