Polis Pulau Pinang akan perangi judi dalam talian habis-habisan

A screen broadcasts a virtual roulette table during Monaco's first professional online gaming and betting convention on October 11, 2010 at the Grimaldi forum in Monaco. This convention features a professional trading market, bringing together executives from the online gambling community, a series of conferences, and an awards ceremony. AFP PHOTO VALERY HACHE

GEORGE TOWN, Sabtu – Polis Pulau Pinang akan berusaha habis-habisan untuk mengekang aktiviti judi dalam talian tanpa lesen di negeri ini, walaupun tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh dua bulan lepas.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab berkata, semua ketua polis daerah membuat pemantauan teliti tentang kegiatan itu.

Katanya, polis akan memantau dari semasa ke semasa lebih 159 pusat hiburan keluarga di negeri ini untuk memastikan tiada aktiviti berjudi secara dalam talian dijalankan di situ.

“Kami hendak pastikan pengendalinya tidak menyalah guna lesen mereka dan menjalankan aktiviti haram seperti itu,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, sejak 2014, 244 pusat judi secara dalam talian diserbu dan 166 komputer serta modem Internet dirampas.

Menurut Abdul Ghafar, dua daripada pengendali judi haram dihadapkan ke mahkamah, manakala enam lagi dalam proses dikenakan pertuduhan mengikut Akta Pencegahan Jenayah 1959. – Bernama

The post Polis Pulau Pinang akan perangi judi dalam talian habis-habisan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?