Polis sudah ambil kenyataan Mufti Pahang

mufti_pahang_620_513_100

KUANTAN, Jumaat – Polis negeri telah mengambil keterangan daripada Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, berkaitan istilah ‘kafir harbi’.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani berkata keterangan Abdul Rahman diambil di pejabatnya di sini semalam.

“Keterangan beliau (Mufti Pahang) sudah kami serahkan kepada Polis Pulau Pinang yang melakukan siasatan kerana laporan polis mengenainya dibuat di sana,” katanya kepada pemberita di sini, malam tadi.

Sharifuddin berkata demikian semasa ditemui selepas majlis berbuka puasa dan moreh Zon C bersama ketua polis dan menteri besar Pahang sempena Ramadan di sini.

Berdasarkan laporan media baru-baru ini, Abdul Rahman dipetik sebagai berkata DAP yang jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang umat Islam.

Abdul Rahman bagaimanapun menjelaskan kenyataannya itu tidak merujuk kepada DAP, tetapi kepada sesiapa sahaja yang menentang Islam. – Bernama

The post Polis sudah ambil kenyataan Mufti Pahang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian