Polis syor pasang AES dekat Terowong Menora

aes

IPOH, Sabtu – Polis Perak mencadangkan supaya Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan bonggol dipasang di kawasan Kilometer 265.8, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Terowong Menora bagi mengurangkan kadar kemalangan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik, berkata ia adalah antara cara untuk mendidik orang ramai, khususnya pemandu bas agar memandu mengikut had laju ditetapkan.

“Kawasan berkenaan jika dipandu laju memang boleh menyebabkan kemalangan. Dengan adanya AES diharap orang ramai akan memandu mengikut had laju yang dibenarkan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Wan Jamil berkata, sebanyak 1,783 kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh Perak sepanjang Op Selamat 9/2016 yang dilaksanakan sejak 29 Jun hingga 31 Julai lepas.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 36 adalah kemalangan maut yang mengakibatkan 37 kematian.

Katanya sepanjang tempoh operasi, sebanyak 15,457 saman dikeluarkan dengan 13,301 membabitkan kesalahan memandu laju; memotong barisan (1,234) dan melanggar lampu isyarat merah 737.

“Manakala, sebanyak 135 saman dikeluarkan kerana menggunakan telefon ketika memandu dan 50 saman kerana memotong di garisan berkembar,” katanya.

The post Polis syor pasang AES dekat Terowong Menora appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?