Polis tahan lapan individu terlibat kes tembak mati ejen hartanah wanita

mangsa_tembakk.transformed

KUALA LUMPUR, Rabu – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan individu yang disyaki terlibat dalam kes seorang ejen hartanah wanita yang maut ditembak di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG, di sini, 6 Julai lepas.

Perkara berkenaan disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman rasmi Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan semalam di sekitar Kuala Lumpur dan Perak.

Khalid berkata kejayaan tangkapan itu dibuat oleh Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) Bukit Aman serta Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur.

“Syabas STAFOC dan JSJ KL @PDRMsia selesaikan kes tembak wanita dan anak di OUG, tangkap lapan orang di Kuala Lumpur dan Perak, rampas pistol semalam #GoPDRMGo,” kata Khalid.

Pada 6 Julai lepas, seorang ejen hartanah wanita berusia 32 tahun maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.30 petang.- Bernama

The post Polis tahan lapan individu terlibat kes tembak mati ejen hartanah wanita appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?