Rakyat perlu faham Perlembagaan Persekutuan

Prof-Shamrahayu

KUALA LUMPUR, Khamis – Rakyat disaran agar memahami Perlembagaan Persekutuan yang dapat membentuk negara bangsa.

Pada masa ini tahap kefahaman rakyat terhadap perlembagaan masih lemah sehingga boleh menjejas pembinaan konsep satu bangsa dan satu negara, kata Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr Shamrahayu Ab Aziz.

“Dengan adanya kefahaman mengenai Perlembagaan Persekutuan, rakyat juga akan dapat memahami konsep amalan demokrasi di negara ini.

“Dan jika kita hanya memahami demokrasi dan tidak perlembagaan, maka implikasinya adalah buruk kerana kita tidak dapat membentuk negara seperti yang diimpikan dalam perlembagaan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata kerajaan perlu lebih agresif mendekatkan perlembagaan kepada rakyat bagi memperkasakan nilai patriotisme dalam diri mereka.

“Antara contoh yang boleh dilakukan ialah dengan mewajibkan penjawat awam menghadiri kursus berkaitan Perlembagaan Persekutuan kerana mereka merupakan pihak yang menjalankan dasar serta polisi kerajaan dengan berpandukan perlembagaan.

“Guru juga perlu dibekalkan dengan ilmu pengetahuan luas mengenai perlembagaan untuk memudahkan mereka menerapkan nilai perlembagaan kepada murid-murid,” kata Shamrahayu.

Beliau turut menyaran agar anggota Parlimen sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang menghayati Perlembagaan Persekutuan secara komprehensif kerana ia boleh membantu mereka dalam merangka undang-undang yang lebih baik berdasarkan prinsip yang terkandung dalam perlembagaan. -Bernama

The post Rakyat perlu faham Perlembagaan Persekutuan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?