Ridhuan Tee rayu ROS tarik balik akronim Amanah, kekalkan PAN

Lecturer Ridhuan Tee Abdullah speaks during a special forum in Kuala Lumpur on April 25, 2015. The Malaysian Insider/Najjua Zulkefli

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Isnin – Penganalisis politik dan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata Parti Amanah Negara tidak layak untuk digelar Amanah, sebaliknya hanya perlu dikekalkan sebagai PAN.

Katanya, Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah melakukan kesilapan meluluskan akronim tersebut.

“Apakah layak mereka ini dipanggil Amanah sedangkan ramai yang tidak amanah duduk di situ? Amanah adalah satu nilai yang amat mulia dan salah satu sifat Nabi dan ia tidak seharusnya ada pada nama parti politik.

“Dalam politik, segala mungkin boleh berlaku. Politik Machiavelli. Berapa ramai kita sangka Amanah terlibat dalam pecah amanah, termasuk banyak kepura-puraan dalam politik.

“Setakat pemerhatian, ketika berkempen, taktik dan teknik matlamat menghalalkan cara digunakan. Ramai kalangan mereka menjadi tidak amanah. Mulut bacul, mengata dan mengumpat peribadi orang terutama peribadi PM dan PAS, Hadi Awang.

“Selain itu, apakah namanya Amanah apabila mereka sudah belot dengan parti Pas yang telah menaikkan dan mempopularkan nama mereka,” katanya dalam tulisan terbarunya di Sinar Harian bertajuk Amanah: Antara kuali dan papan.

Mengulas lanjut Ridhuan Tee berkata, Amanah yang beliau kenali sebahagian besarnya adalah kalangan pemimpin IRC yang ditubuhkan pada 1980-an.

“Mereka bukan sahaja mengkhianati PAS, tetapi juga Abim, UMNO dan lain-lain. Mereka dalam parti-parti ini mengacau-bilaukan mereka.

“Dan apakah mereka Amanah apabila keluar daripada PAS yang telah memenangkan mereka sebagai wakil rakyat. Apabila disuruh keluar dan letak jawatan sebagai wakil rakyat, mereka menyalahkan PAS pulak. Muka tidak malu,” katanya lagi.

Hakikatnya beliau berkata, Amanah mungkin amat takut dipanggil PAN sebab membawa papan dalam bahasa Cina dan kuali dalam BI.

“Pada saya, selayaknya disamakan dengan peralatan tersebut. Kuali digunakan untuk memasak pelbagai makanan. Ternyata Amanah sedang dipergunakan dan menjadi kuda tunggangan ultra kiasu. Amanah sudah menjadi jurucakap ultra kiasu.

“Jadi, saya amat mengharapkan dalam usaha politik matang ini, PAS dan UMNO berjaya membenamkan Amanah, supaya menjadi papan dan kuali. Saya juga merayu ROS menarik balik akronim Amanah ini dan kekalkan menjadi PAN,” katanya.

The post Ridhuan Tee rayu ROS tarik balik akronim Amanah, kekalkan PAN appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?