RNR Konvoi Bantuan Homeless beri bantuan kepada gelandangan

PicsArt_07-05-04.28.00

KUALA LUMPUR,  22 Julai – Golongan gelandangan di sekitar ibukota nyata terharu menerima kunjungan sekumpulan anak muda dari organisasi Islam yang aktif  Kelab Remaja ISMA (KRIM) dan Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) yang datang menghulurkan kit bantuan Ramadan kepada mereka.

Program dinamakan RNR Konvoi Bantuan Homeless itu bertujuan menyelami nasib golongan tersebut yang dianjurkan bersama KRIM dan Pembina cawangan Kajang.

Menurut pengarah program Muaz Mohamed, objektif program ini ialah bagi memupuk amalan sedekah terutama di bulan Ramadan dan menyelami kehidupan golongan gelandangan yang serba kekurangan.

“Salah satu program di bawah Akademi Remaja KRIM (ARK) ialah RNR Konvoi Bantuan Homeless ini dengan tema Wajah Gemilang Remaja Malaysia,” menurut Muaz.

Anak muda yang mewakili KRIM dan Pembina Kajang turun ke lorong-lorong dan jalanan di Kuala Lumpur bagi membantu mengurangkan sedikit sebanyak bebanan hidup golongan gelandangan yang hidup serba kekurangan.

 

PicsArt_07-05-04.30.58

 

PicsArt_07-05-04.29.34

 

PicsArt_07-05-04.28.55

 

PicsArt_07-05-04.26.07

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?