Saringan imunisasi di semua sekolah rendah bermula bulan depan

maxresdefault

PUTRAJAYA, Rabu – Kementerian Kesihatan akan menjalankan proses saringan imunisasi bermula Ogos ini ke atas murid-murid tahun empat dan lima di semua sekolah seluruh negara.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, saringan itu adalah untuk mengenal pasti murid yang tercicir daripada mendapat imunisasi lengkap.

Sekiranya terdapat murid-murid yang tidak pernah atau tidak lengkap pengambilan imunisasi atau vaksin kementerian akan memberikannya mengikut keperluan murid tersebut.

“Ketika ini dianggarkan terdapat 500,000 murid pada setiap peringkat darjah, murid tahun enam kita tak boleh ganggu kerana mereka akan menghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Jadi kita bermula dengan murid darjah lima dan empat dahulu.

“Untuk tiga tahun seterusnya saringan dijalankan terhadap murid darjah empat dan selepas itu kita fokus pada murid tahun satu.

“Oleh itu, kita dapat pastikan kumpulan murid sekolah rendah sedia ada mendapat imunisasi penuh dan lengkap yang ditetapkan oleh kementerian,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dr Subramaniam berkata, di peringkat sekolah menengah, buat sementara waktu, Kementerian Pendidikan diminta untuk membuat semakan rekod imunisasi terhadap pelajar tingkatan satu.

“Ketika ini pelajar perempuan diberikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) di peringkat tingkatan satu jadi peluang itu akan digunakan untuk melihat rekod mereka dan semakan juga akan dijalankan terhadap rekod pelajar lelaki.

“Saringan peringkat sekolah adalah yang paling proaktif kerana sukar untuk menjalankan program ini terhadap masyarakat umum,” katanya.

Menurutnya, melalui saringan itu, ibu bapa akan diminta mengemukakan rekod imunisasi murid dan mereka yang didapati tidak mendapat vaksin lengkap akan dinasihatkan untuk mengambil vaksin sama ada di sekolah atau di hospital.

The post Saringan imunisasi di semua sekolah rendah bermula bulan depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?