Sekat kerakusan Najib elak cucu cicit tanggung hutang: Mukhriz

mukhriz11

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Ahad – Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, tindak tanduk Datuk Seri Najib Razak perlu disekat segera jika tidak mahu cucu cicit kita kelak menanggung hutang.

Katanya, atas perlakuan menyalahguna wang dengan hutang berbillion ringgit, generasi kita akan datang terpaksa menanggung beban.

“Kita tak sanggup tengok negara musnah hanya disebabkan kerakusan seorang pemimpin. Kita harap sangat agar Najib paham dan letak jawatan sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Ramah Mesra bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Untuk itu Mukhriz berkata, beliau bersama bapanya, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan yang lain sedang berusaha untuk menjayakan parti baharu ini.

“Niat kami, mahu menjaga hak rakyat. Jika anda mahu masa depan cerah, marilah bersama-sama kami.

“Jika anda rasa kerajaan sekarang tidak berintegriti, marilah bersama-sama kami. Jika anda tidak mahu pemimpin terus mengsonglap duit rakyat, marilah bersama-sama kami. Kami akan pastikan perkara seperti ini tidak akan berlaku lagi selepas ini,” katanya lagi.

Mengulas mengenai perkembangan parti baharu itu katanya, Tun Mahathir sendiri dijangka akan mengemukakan permohonan parti secara peribadi kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

“Seboleh-boleh yang dipersetujui rakan-rakan yang lain, bapa sendiri yang akan hantar borang ke ROS.

“Maka kita berharap ROS akan memberi pertimbangan sewajarnya dan tidak ada kekangan sengaja dihalang sebab ini amalan demokrasi. Benarkan parti ini didaftar seperti biasa,” katanya.

The post Sekat kerakusan Najib elak cucu cicit tanggung hutang: Mukhriz appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?