Serangan udara, pemberontak bunuh 19 orang di Aleppo

3980702770

BEIRUT, Selasa – Sekurang-kurangnya 16 orang awam terbunuh dalam serangan udara dan bom di bahagian yang dikuasai puak pemberontak di wilayah Aleppo, semalam.

Serangan udara itu juga telah menyasarkan kawasan yang dikuasai oleh rejim Bashar Al Assad sehingga membunuh tiga yang lain.

Pemerhati bagi Hak Asasi Manusia Syria berkata, 10 orang awam dilaporkan telah terbunuh dalam beberapa serangan udara di bandar Atareb yang dikuasai pemberontak.

Kumpulan itu berkata, serangan yang berlaku pada awal pagi semalam dipercayai dilakukan oleh pesawat perang Rusia dan menyasarkan beberapa lokasi termasuk pasar.

Rakaman selepas serangan yang diperoleh daripada AFP menunjukkan unit pertahanan awam tempatan cuba memadamkan kebakaran pada runtuhan sebuah bangunan.

Manakala, dalam serangan berasingan di Aleppo, sekurang-kurangnya enam orang awam terbunuh dalam serangan bom oleh rejim Assad di kawasan perumahan yang dikuasai oleh puak pemberontak timur.

Menurut pemerhati, angka kematian dijangka akan terus meningkat berikutan jumlah mangsa yang tercedera dan terperangkap di bawah runtuhan.- Agensi

 

The post Serangan udara, pemberontak bunuh 19 orang di Aleppo appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian