Shafie tak mahu toleh pada UMNO lagi, sedia perjuang hak rakyat Sabah

jangan-hina-saya-keluar-umno-shafie-apdal

SEMPORNA, Rabu – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengakui keputusan untuk keluar parti adalah disebabkan beliau merasakan peranannya sebagai pemimpin kanan dipandang ringan.

Shafie yang nyata kecewa dengan situasi itu berkata, beliau tidak mahu menoleh lagi dan kini bersedia untuk meneruskan perjuangannya untuk rakyat Sabah dan di peringkat nasional.

“Apa guna saya tunggu, selepas digugurkan daripada jemaah menteri, sudah satu tahun saya tunggu dalam UMNO.

“Peranan saya dalam parti itu (dipandang) sambil lewa sahaja, saya naib presiden, dalam mesyuarat Majlis Tertinggi semua ahli diberi peranan masing-masing, tapi saya duduk tengok saja, dengar saja,” katanya dalam satu temubual di kediamannya, di Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai kekuatannya untuk meraih sokongan sekiranya parti baharu ditubuhkan, Shafie mengakui bahawa ia bergantung kepada rakyat Sabah.

“Seperti ketika saya bersama UMNO, hak-hak rakyat Sabah akan terus diperjuangkan, termasuk dari segi kuasa autonomi.

“Isu keluar dari Sabah tidak akan berbangkit, saya tak akan perjuangkan ini. Saya akan perjuangkan hak-hak rakyat Sabah, itu pasti,” katanya.

Shafie berkata, beliau mempunyai perancangan sendiri, khususnya dalam memperjuangkan hak rakyat Sabah dan hanya akan ‘memasang payung bila hari hujan’.

Bagaimanapun, beliau menegaskan untuk tidak sesekali menyertai mana-mana parti walaupun ramai yang menawarkan tempat untuknya, termasuklah parti baharu yang ditubuhkan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Bila sampai waktunya. Macam orang kata bila ada hujan baru saya pasang payung.

“Tapi saya tidak akan ikut mana-mana parti. Saya sekarang mahu bebas, parti bebas. Dulu saya jaga disiplin, ramai jemput saya, Tun M pun panggil saya, tapi saya elak daripada sertai mereka,” katanya.

The post Shafie tak mahu toleh pada UMNO lagi, sedia perjuang hak rakyat Sabah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?