Singapura bekal tambahan air minum kepada Johor
SINGAPURA, Isnin – Singapura mula membekalkan tambahan air yang boleh diminum kepada Johor berikutan permintaan oleh Badan Kawalselia Air Johor (BAKAJ).
Lembaga Kemudahan Awam Singapura (PUB) dalam satu kenyataan berkata, BAKAJ meminta bekalan tambahan air bersih sebanyak enam juta gelen sehari bagi tempoh tiga hari ini.
Ini berikutan katanya, bekalan air yang diperlukan itu adalah untuk menstabilkan semula sistem bekalan sendiri di Johor Bahru selepas penutupan Loji Rawatan Air Johor akibat pencemaran di sungai negeri itu, baru-baru ini.
“PUB telah bersetuju dengan permintaan segera dan sudah mula membekalkan air terawat tambahan kepada Johor mulai12 tengah malam pada 17 Julai 2016.
“Bekalan tambahan ini akan berterusan selama tempoh tiga hari akan datang,” kata kenyataan itu.
Bagaimanapun, PUB berkata, pengguna di Singapura tidak akan terjejas berikutan ia mampu meningkatkan pengeluaran tempatan dalam masa yang singkat.
“PUB Singapura berhak untuk menarik 250mgd air mentah dari Sungai Johor di bawah Perjanjian Air 1962 dengan Malaysia.
“Hak ini dijamin melalui Perjanjian Pemisahan 1965 dan berakhir pada 2061. Perjanjian Air 1989 juga mewajibkan PUB menjual 5 mgd air bersih kepada Johor.
“Secara amalan, PUB telah membekalkan kepada Johor tiga kali daripada jumlah ini sehingga 16 mgd setiap hari,” kata PUB.
Permintaan terkini bagi 6 mgd ialah tambahan bagi 15 hingga 16 mgd yang dibekalkan kepada Johor setiap hari, kata PUB.- Agensi
The post Singapura bekal tambahan air minum kepada Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan