Skandal 1MDB: Tun M seru negara asing malukan Najib, lapor ABC

photo_2016-07-25_12-45-11

BANGI, Isnin – Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru negara-negara asing untuk menamakan dan ‘memalukan’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyebabkan penyelewengan dan skandal berbilion ringgit menyelubungi kerajaan sekarang, lapor ABC.

Bekas Perdana Menteri membuat seruan itu sebagai mengulas tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman bagi merampas pelbagai aset bernilai lebih RM4 bilion yang didakwa dibeli daripada wang dicuri dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau sebelum ini meminta rakyat Malaysia untuk mengadakan demonstrasi aman mendesak Najib turun dari kerusi Perdana Menteri, berikutan skandal itu.

Dalam saman yang dikemukakan di Los Angeles minggu lalu, DOJ tidak menamakan Najib secara langsung, sebaliknya menyatakan ‘Malaysian Official 1’ telah menerima berbilion ringgit wang yang ‘dicuri’ dengan cara melencongkan dana 1MDB ke beberapa akaun.

Namun, Dr Mahathir percaya ‘Malaysian Official 1’ yang dimaksudkan itu adalah Najib.

Dalam temu bual dengan ABC, bekas Perdana Menteri berkata, negara lain, termasuk Australia dan AS, perlu menamakan dan ‘memalukan’ Najib, yang berada di belakang skandal dan penyelewengan itu.

“Saya tahu kebanyakan negara asing agak keberatan untuk berterus terang mengatakan bahawa Perdana Menteri adalah orang yang melakukan semua perkara itu,” katanya.

Menjawab soalan, Dr Mahathir berkata, ia adalah bergantung kepada kerajaan untuk meluluskan pungutan suara rakyat bagi melakukan referendum terhadap kepemimpinan Najib.

“Ini kerana kerajaan akan menggunakan semua kuasa polis untuk menghalang kami daripada melakukan sesuatu,” katanya.

Beliau berkata, rakyat takut dan sebab itu mereka tidak keluar ke jalan-jalan bagi menunjukkan kemarahan terhadap rasuah dan penyelewengan.

“Mereka hanya sanggup dilihat membantah, tetapi jika mereka mahu membuat bantahan, maka saya akan memberi sokongan kepada mereka,” katanya.

The post Skandal 1MDB: Tun M seru negara asing malukan Najib, lapor ABC appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?