SPAD bakal bentang pelan transformasi benarkan Uber, Grabcar bulan depan
PUTRAJAYA, Selasa – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pelan transformasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) melibatkan perkhidmatan Uber dan Grabcar dijangka dibentangkan kepada Kabinet bulan depan.
Beliau berkata pada permulaan, pelan berkenaan dirancang dibentangkan pada mesyuarat Kabinet esok, namun ia masih perlu diperhalusi.
“Kita perlu putuskan untuk rakyat. Kabinet kena tengok sama ada ia munasabah untuk dipertimbangkan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan nota serah tugas kepada Datuk Seri Azalina Othman Said pada jamuan Aidilfitri Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di sini, hari ini.
SPAD dalam cadangan Program Transformasi Industri Teksi sebelum ini antara lain menjelaskan tentang perlunya membenarkan dari segi undang-undang perkhidmatan Uber dan GrabCar serta menyamaratakan medan persaingan untuk pemandu teksi.
Terdahulu, berlakunya kes pergaduhan melibatkan pemandu teksi dan pemandu Uber dan GrabCar termasuk kejadian pemandu GrabCar diserang ketika mengambil penumpang di ibu kota.
The post SPAD bakal bentang pelan transformasi benarkan Uber, Grabcar bulan depan appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan