Tabung Haji tubuh Yayasan untuk bantuan pendidikan, bencana

KUALA LUMPUR 26 JULY 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Datuk Johan Abdullah (dua,kiri) melancarkan Yayasan TH di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. NSTP/ABDULLAH YUSOF

Sumber foto : NSTP

PETALING JAYA, Selasa – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Yayasan Tabung Haji (TH) di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.

Penubuhan yayasan itu adalah untuk meningkatkan pendidikan dan memberi bantuan ketika bencana alam atau musibah.

TH dalam satu kenyataan berkata, penubuhan yayasan adalah sejajar dengan saranan Perdana Menteri supaya syarikat swasta, badan korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berperanan lebih aktif dalam pembangunan serta kesejahteraan rakyat.

“Fokus utama adalah untuk meningkatkan pembangunan modal insan dan menggalakkan kajian dalam bidang pendidikan Islam, perbankan Islam serta perundangan syariah, selain mentadbir dana yang diperuntukkan secara lebih sistematik,” kata kenyataan itu.

Yayasan ini akan ditadbir secara berasingan oleh Lembaga Pemegang Amanahnya tersendiri.

Bagi fasa pertama, TH telah memperuntukkan RM5 juta untuk aktiviti pendidikan yang akan dilaksanakan yayasan.

The post Tabung Haji tubuh Yayasan untuk bantuan pendidikan, bencana appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?