TMJ ada ‘pendrive’ maklumat aktiviti FAM, ketirisan penjualan tiket

tmj ada pendrive
BANGI, Isnin – “Duit rakyat sepatutnya digunakan untuk rakyat sahaja. Bukan untuk bola sepak dan kepentingan politik.”

Demikian amaran yang diberikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim sambil menyatakan bahawa baginda memiliki ‘pendrive’ berkenaan maklumat dan aktiviti dalam FAM dan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

“Mungkin sudah sampai masanya untuk penyokong bola sepak tanahair melihat dan menilainya sendiri.

“Saya mempunyai seorang komander di India yang pernah berkata, ‘jangan diajak penembak tepat pergi menembak’,” kata Tunku Ismail dalam satu status di Facebook JOHOR Southers Tigers hari ini.

Katanya, ‘pendrive’ itu diberikan kepadanya oleh sahabat-sahabat berkedudukan tertinggi di Kuala Lumpur.

Dalam ‘pendrive’ tersebut, turut ada maklumat mengenai orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit-duit kelab yang diambil oleh FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.

Dalam status sama, Tunku Ismail mempertikaikan respon balas negatif sesetengah pihak terhadap pengumuman persaraan pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT) daripada pasukan kebangsaan.

“Apa yang susah sangat untuk menghormati keputusan mereka? Satu perkataan sahaja yang anda harus katakan tentang mereka atau kepada mereka iaitu ‘terima kasih’. Terima kasih atas pengorbanan mereka selama ini. Itu sahaja.

“Usah tunjuk kepada saya dan generasi sekarang yang anda semua sebagai orang lama susah hendak menerima bahawa masa dan dunia ini telah berubah.

“Apa yang pelik adalah anda semua boleh terima selama ini dan sanggup mempertegakkan 30 tahun korupsi dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),” katanya.

The post TMJ ada ‘pendrive’ maklumat aktiviti FAM, ketirisan penjualan tiket appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?