Tokoh ulama Kedah, Tuan Guru Haji Salleh meninggal dunia
BANGI, Jumaat – Tokoh ulama dan pendakwah Kedah, Tuan Guru Haji Salleh Musa dilaporkan meninggal dunia jam 8.15 malam semalam.
Haji Salleh dilahirkan pada 8 Februari 1929 dan pernah dianugerahkan Tokoh Pendakwah Negeri Kedah pada 2009 dan Tokoh Pondok Negeri Kedah tahun 2011.
Beliau pernah mendalami ilmu di Masjidil Haram, Makkah bersama ulama terkemuka antaranya Syeikh Ismail Fatani, Syeikh Yassin Al Fadani, Syeikh Abd Qadir Mandili, Syeikh Syed Alawi Al Malikki dan Syeikh Syed Amin Qutubi.
Haji Salleh bagaimanapun pulang semula ke Malaysia dan meneruskan perkhidmatannya mengajar di pondok milik bapanya di Pekan Sik.
Beliau juga pernah menerima pingat kebesaran oleh Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (SDK) dan Darjah Kebesaran Bintang Kebaktian Masyarakat (BKM) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman.
The post Tokoh ulama Kedah, Tuan Guru Haji Salleh meninggal dunia appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan