UNESCO isytihar Islam agama paling aman

Turkey, Istanbul, Suleymaniye Mosque, crowd praying

PARIS, Jumaat – Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO) telah mengisytiharkan agama Islam sebagai agama paling aman di dunia.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan semalam mendedahkan bahawa UNESCO telah bekerjasama dengan Yayasan Keamanan Antarabangsa untuk mengkaji semua agama dunia bagi mengetahui yang mana paling aman.

“Selepas enam bulan kajian dan analisis yang teliti, kami telah membuat kesimpulan bahawa Islam adalah agama yang paling aman,” kata ketua kajian perbandingan sayap Yayasan Keamanan Antarabangsa, Robert McGee.

Mengulas serangan pengganas IS termasuk di Dhaka baru-baru ini, UNESCO bagaimanapun menafikan bahawa tindakan itu dikaitkan dengan Islam.

“Keganasan tidak mempunyai agama. Islam itu adalah aman,” kata UNESCO.

Dalam kenyataan yang sama, UNESCO berkata, pihaknya akan mengeluarkan sijil pengiktirafan rasmi itu kepada badan-badan Islam untuk diletakkan di pusat pengajian Islam, masjid, kedai dan lain-lain.

Pengiktirafan UNESCO disambut baik oleh pemimpin dunia termasuk pemimpin agama antarabangsa, namun sesetengan ulama menyifatkan pengiktirafan itu tidak diperlukan ekoran Islam sememangnya agama terbaik dan terakhir.- Agensi

The post UNESCO isytihar Islam agama paling aman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian