Usah berprasangka dengan sekolah pondok: Mufti Kelantan

mufti kelantan
KOTA BAHARU, Selasa – Orang ramai diminta supaya tidak mencurigai madrasah, sekolah pondok atau sekolah aliran Arab dengan mengaitkannya dengan golongan berfahaman ekstrem seperti Daesh.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata institusi itu tidak pernah mengajar atau melatih golongan ekstrem, malah mereka diajar supaya menghormati semua fahaman agama.

“Kita bersyukur dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengatakan setakat ini tiada madrasah di negara ini yang menjadi kilang atau tempat untuk melatih militan Daesh atau menerapkan fahaman ekstrem.

“Ia adalah satu kenyataan yang tidak boleh disangkal kerana sekolah agama atau Arab yang bertaburan di seluruh negara tak pernah mendidik pelajar ke arah fahaman ekstremis,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Pada 9 Julai lepas, Ahmad Zahid dipetik sebagai berkata Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa memantau semua madrasah di negara ini untuk memastikan tempat pengajian itu tidak terbabit dengan aktiviti ancaman kumpulan militan Daesh.

Beliau dilaporkan sebagai berkata setakat ini pemantauan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Agama Islam negeri-negeri mendapati tidak ada pembabitan madrasah dengan kegiatan militan Daesh. – Bernama

The post Usah berprasangka dengan sekolah pondok: Mufti Kelantan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?