WikiLeaks akan bocorkan dokumen sulit cubaan rampasan kuasa

Turki

BERLIN, Selasa – Laman web WikiLeaks akan menyiarkan lebih 100,000 dokumen mengenai politik Turki yang membawa kepada cubaan rampasan kuasa tentera menggulingkan Presiden, Recep Tayyip Erdogan Jumaat lalu.

“Bersiap sedialah untuk berjuang kerana kami akan menyiarkan 100,000 dokumen mengenai struktur kuasa politik Turki,’’ lapor laman web itu dalam Twitter.

Laman web itu juga memaklumkan pengguna internet di Turki akan berhadapan dengan pelbagai tapisan maklumat dan mencadangkan mereka menggunakan sistem perkongsian antara rakan seperti TorBrowser dan uTorrent.

Dilaporkan susulan insiden berkenaan, hampir 20,000 anggota polis, penjawat awam, pegawai kehakiman termasuk tentera ditahan dan disingkirkan sejak insiden rampasan kuasa berkenaan yang menyebabkan lebih 200 orang terbunuh.

Selain itu, cuti tahunan bagi tiga juta penjawat awam negara itu juga digantung, dan hampir 3,000 hakim dan pendakwaraya dipecat. – Agensi

The post WikiLeaks akan bocorkan dokumen sulit cubaan rampasan kuasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?