WSJ lapor AS dijangka sita aset 1MDB

wsj-1mdb

WASHINGTON, Rabu – Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) bakal menyita berbillion dolar aset berkaitan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melibatkan anak tiri Najib Razak dan Jho Low, lapor Wall Street Journal (WSJ).

WSJ dalam laporan terbaharunya berkata, pihak berkuasa dijangka memfailkan tindakan undang-undang sivil seawal pagi Rabu bagi merampas aset-aset itu.

Aset-aset berkenaan dijangka termasuk hartanah dan aset lain yang dibeli dengan wang yang didakwa disalahgunakan dari dana Malaysia.

Akhbar kewangan antarabangsa itu turut melaporkan bahawa orang yang dikaitkan dengan dana itu telah melabur berjuta-juta dolar dalam hartanah dan perniagaan di AS.

Ejen dari Biro Persekutuan Unit Siasatan Rasuah Antarabangsa, juga telah menjalankan siasatan jenayah yang meluas terhadap individu dan institusi yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Jangkaan rampasan aset itu akan menjadi tindakan pertama kerajaan AS yang melibatkan penyiasatan 1MDB.

Bagaimanapun, setakat ini, media masih belum mengetahui maklumat tentang aset yang akan disita.

Tetapi, tindakan itu dijangka melepasi saman sivil yang difailkan sejak 2015 yang mahu merampas $ 850 juta dalam aset yang melibatkan tiga syarikat telekom dalam kes berasingan. – WSJ

The post WSJ lapor AS dijangka sita aset 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?