Zeti dapatkan nasihat peguam mengenai dakwaan Pemuda UMNO

750x-1

KUALA LUMPUR, Rabu – Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendapatkan khidmat peguam selepas beliau dikaitkan dalam laporan polis oleh Pemuda UMNO, semalam, yang mendakwa beliau terbabit dalam konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya tidak akan berkata apa-apa tanpa peguam saya,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan polis itu, di sini, malam tadi.

Kelmarin, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi dengan mendakwa Zeti serta dua lagi terbabiit dalam konspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan.

Dua lagi individu iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kasim Mohamed dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Zeti ditemui pada majlis makan malam perpisahan untuk Abu Kassim yang bersara secara rasmi daripada SPRM mulai 1 Ogos ini.

Pemuda UMNO menuduh ketiga-tiga mereka kononnya memberi dokumen dan maklumat sulit kepada agensi luar negara, termasuk kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.

Laporan Bernama malam tadi menyebut Gani menyifatkan dakwaan beliau terbabit dalam konspirasi berkenaan hanyalah muslihat untuk mencari publisiti.

“Dakwaan sembrono ini merupakan muslihat mencari publisiti tanpa asas,” katanya.

The post Zeti dapatkan nasihat peguam mengenai dakwaan Pemuda UMNO appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?