150,000 dijangka sertai ‘Doa Untuk Malaysia’ 13 Ogos ini

Puad-Zakarshi

KUALA LUMPUR, Rabu – Program ‘Doa Untuk Malaysia’ yang bakal diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Dataran Merdeka pada 13 Ogos ini menyasarkan penyertaan 150,000 orang.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata program kali ketiga itu akan menampilkan majlis selawat dan qasidah yang dipimpin Habib Syekh Qadir Asseqqaf dan Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid dari Indonesia bersama kumpulan nasyid tempatan Al-Mawlid dan Inteam.

“Saya mengambil kesempatan menjemput semua rakyat Malaysia bersama-sama menyertai program Doa Untuk Malaysia untuk kita bersama-sama mendoakan kesejahteraan negara yang dilanda pelbagai ujian ketika ini,” katanya.

Menurutnya, program doa itu turut diadakan pada malam sama oleh penganut agama lain di rumah ibadat masing-masing bagi mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini.

Program anjuran Jasa dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Yayasan Pendidikan Cheras, dan RTM itu dijadual bermula pada 7 malam. – Bernama

The post 150,000 dijangka sertai ‘Doa Untuk Malaysia’ 13 Ogos ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?