325 tahanan Palestin di penjara Israel lancar mogok lapar
TEBING BARAT, Jumaat – Lebih 300 tahanan Palestin melancarkan mogok lapar secara berasingan di penjara seluruh Israel sebagai membantah layanan buruk ke atas mereka.
Persatuan Tahanan Palestin (PPS) dalam satu kenyataan berkata, kira-kira 285 tahanan bergabung dengan gerakan pejuang Hamas untuk melancarkan mogok lapar di penjara Eshel dan Nafha di selatan Palestin.
PPS berkata, 40 tahanan lain dari kumpulan Barisan Pembebasan Palestin (PFLP) tidak mahu mengambil makanan mereka bagi menyokong tindakan seorang banduan berusia 35 tahun, Bilal Kayed.
Bilal melancarkan mogok selama 51 hari ekoran membantah penahanan beliau, dan mengugut untuk tidak akan menjalani sebarang pemeriksaan kesihatan selagi belum dibebaskan, sejak ditahan pada 2002.
Bilal sepatutnya dibebaskan pada 13 Jun lalu, namun Tel Aviv memutuskan untuk melanjutkan tempoh tahanan selama enam bulan lagi di bawah polisi tahanan pentadbiran.
Keputusan itu telah menyebabkan ramai rakyat Palestin bertindak melancarkan mogok lapar sebagai menyatakan penentangan terhadap lanjutan tahanan Bilal.
Dilaporkan lebih daripada 6,500 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel, dan ratusan dari mereka dipenjarakan di bawah penahanan pentadbiran, di mana mereka ditahan tanpa sebarang perbicaraan atau pertuduhan. – Agensi
The post 325 tahanan Palestin di penjara Israel lancar mogok lapar appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan