574 rakyat Palestin ditahan sepanjang Julai
TEBING BARAT, Khamis – Beberapa kumpulan hak asasi manusia mendedahkan kira-kira 574 rakyat Palestin ditangkap oleh tentera Israel sepanjang bulan Julai.
Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan Palestin, Sokongan Banduan Addameer dan Persatuan Hak Asasi Manusia Al Mezan dalam satu kenyataan berkata, jumlah tahanan Palestin yang tertinggi adalah dari Tebing Barat, diikuti Jerusalem dan Semenanjung Gaza.
Jumlah tahanan itu termasuk 112 daripadanya adalah kanak-kanak dan 12 lagi wanita.
Dalam kenyataan sama mendedahkan, sehingga kini kira-kira 350 kanak-kanak Palestin ditahan di penjara Megiddo dan Ofer terletak di sebelah barat Ramallah.
Kenyataan itu berkata, penahanan itu turut melibatkan seramai 21 wartawan Palestin.
“Pasukan pendudukan mengeluarkan 127 perintah tahanan pada bulan Julai, dan 38 daripada mereka adalah baru.
“Ini menjadikan jumlah rakyat Palestin yang ditahan kepada 750 orang,” kata kenyataan itu. – Agensi
The post 574 rakyat Palestin ditahan sepanjang Julai appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan