Ahmad Razif nafi tandatangan serah telaga minyak kepada 1MDB, Pahang
KUALA TERENGGANU, Jumaat – Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman, menafikan beliau menandatangani sebarang dokumen mengenai telaga minyak Bertam kerana kawasan itu bukan milik kerajaan negeri, sebaliknya dikendalikan oleh Petronas.
Beliau menafikan tuduhan bekas Menteri Besar, Ahmad Said yang mengatakan beliau menandatangani dan menyerahkan medan telaga minyak Bertam 307 di perairan Terengganu kepada Pahang dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Katanya, telaga minyak Bertam tidak berada dalam lingkungan tiga batu nautika yang membolehkan ia menjadi hak milik kerajaan neger, tetapi pihaknya masih cuba mendapatkan hasilnya demi kebaikan rakyat negeri ini.
“Sebenarnya tiada isu telaga minyak kerana ia bukan hak kerajaan negeri tetapi Persekutuan. Jadi kenapa kita dapat lima peratus? Yang Bertam itu kepunyaan Petronas, kita tiada hak,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri masih berusaha membuat permohonan rasmi kepada Kerajaan Persekutuan agar Terengganu memperoleh pendapatan daripada telaga minyak terbabit.
“Kerajaan negeri telah membuat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk membuat pertimbangan agar digunakan balik asas kepada komitmen (lebih tiga batu nautika milik kerajaan Persekutuan) yang telah diberi sebelum itu, tetapi saya belum dapat keputusan daripada PM,” katanya.
The post Ahmad Razif nafi tandatangan serah telaga minyak kepada 1MDB, Pahang appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan