Bersih 2.0 rancang adakan Bersih 5 bantah skandal 1MDB
BANGI, Rabu – Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) sahkan untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5 bagi membantah isu melibatkan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah berkata, bagaimanapun setakat ini tarikh perhimpunan masih belum ditetapkan lagi.
“Kita perlu melakukan kesedaran. Pada tahap ini, impak 1MDB masih tidak difahami sepenuhnya.
“Kita perlu meningkatkan kesedaran supaya orang ramai akan dapat memahami perkara ini,” katanya pada sidang media, hari ini.
Maria berkata, pihaknya masih belum memutuskan tempat atau bentuk perhimpunan itu lagi, sebaliknya mengutamakan kesedaran rakyat berhubung isu itu.
“Bentuk dan tempat bukan keutamaan kami lagi, kesedaran adalah penting bagi kami,” katanya.
Dalam pada lain, Maria turut menyatakan sokongannnya terhadap perhimpunan #TangkapMalaysianOfficial1 yang dirancang berlangsung pada 27 Ogos ini.
“Bersih 2.0 bersama-sama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain dan rakyat yang prihatin yang mengambil tindakan membantah skandal 1MDB.
“Ini termasuk rancangan protes #TangkapMalaysianOfficial1 oleh belia pada 27 Ogos ini.
“Sebagai rakyat, kita mesti membuat pendirian tegas terhadap rasuah besar dan pengkhianat,” katanya.
The post Bersih 2.0 rancang adakan Bersih 5 bantah skandal 1MDB appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan