Cubaan rampasan kuasa Turki bawa kerugian cecah RM400 bilion

People react near a military vehicle during an attempted coup in Ankara, Turkey, July 16, 2016. REUTERS/Tumay Berkin TPX IMAGES OF THE DAY

ISTANBUL, Selasa – Cubaan rampasan kuasa oleh kumpulan dalam tentera Turki untuk menggulingkan kerajaan pada 15 Julai lalu mengakibatkan Turki mengalami kerugian sebanyak 300 bilion lira (RM404 bilion).

Menteri Perdagangan, Bulent Tufenkci berkata, jumlah kerugian berkemungkinan akan meningkat lagi.

Namun, beliau menegaskan ekonomi Turki masih berada dalam keadaan kukuh.

“Jet pejuang, helikopter, senjata, bom dan bangunan semuanya berjumlah 300 bilion lira (RM404 bilion),” katanya, merujuk kepada kemusnahan besar ketika malam kejadian cubaan rampasan kuasa itu.

Bulent bagaimanapun, memberi peringatan agar keseluruhan gambaran perlu dilihat dalam konteks jangka sederhana walaupun beberapa pelabur telah menarik diri.

“Pelabur tidak datang lagi ke sini selepas terdapat imej mendedahkan kereta kebal berada di atas jalan raya dan Parlimen dijadikan sasaran bom,” katanya. – Agensi

The post Cubaan rampasan kuasa Turki bawa kerugian cecah RM400 bilion appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?