DAP hanya terima Islam dalam skopnya: Nik Abduh
KOTA BHARU, Rabu – Ketua Pemuda PAS, Nik Mohammad Abduh berkata, punca PAS dan DAP tidak dapat bekerjasama untuk jangka panjang adalah kerana parti rasis dan cauvinis itu mempunyai agenda tersembunyi.
“DAP tidak boleh menerima ajaran Islam sebenar, tetapi mereka mendakwa boleh terima Islam dan inilah agenda tersembunyi yang saya maksudkan,” katanya yang dipetik daripada Oriental Daily.
Malah, beliau berkata, DAP hanya mahu memahami dan menerima Islam berdasarkan skop mereka.
Di samping itu, Nik Abduh berkata, arwah bapanya yang juga bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat awal-awal lagi melihat perpecahan akan berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana gabungan itu semakin lemah, ditambah dengan penentangan DAP terhadap PAS.
“Ayah tahu Pakatan Rakyat semakin lemah, kerana DAP menentang agenda PAS, malah enggan bertolak ansur dan bertindak kasar,” katanya.
Jika DAP berhasrat mengajak PAS kembali ke meja rundingan bersama pakatan harapan, parti itu perlu mengakui parti Islam itu bukan punca PR dibubarkan, kata Nik Abduh.
“Berdasarkan situasi politik sekarang, saya berpendapat DAP tidak dapat terima syarat itu kerana ia adalah sebuah parti yang cepat melatah dan pentingkan diri,” katanya sambil memberitahu DAP tidak perlu menerima ideologi politik PAS, sebaliknya mereka hanya perlu menghormati parti Islam itu.
Jelasnya, amat sukar untuk PAS dan DAP duduk semeja, PAN lebih teruk kerana mereka mengkhianati PAS.
Bagaimanapun, tuduhan beberapa pihak yang mengatakan bahawa PAS memilih untuk tidak menyertai pakatan harapan kerana menyokong Barisan Nasional, disangkalnya.
“Mengikut kefahaman saya, PAS tidak pernah berunding dengan UMNO berhubung pembahagian kerusi, yang ada hanyalah menyusun semula persiapan cawangan untuk menentang UMNO,” katanya.
The post DAP hanya terima Islam dalam skopnya: Nik Abduh appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan