Eric Paulsen saman Ustaz Hafiz: Perbicaraan diteruskan 8, 9 Disember

ustaz hafiz vs eric paulsen 2
Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

KUALA LUMPUR, Rabu – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Dato’ Mohd Zaki Abdul Wahab hari ini menetapkan 8 dan 9 Disember 2016 sebagai tarikh perbicaraan kes saman peguam liberal Eric Paulsen ke atas bekas Pengerusi Gabungan Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Ustaz Mohamed Hafiz Mohamed Nordin.

Peguam yang mewakili Ustaz Hafiz, Tuan Arik Zakri Abdul Kadir berkata, hakim juga telah memutuskan untuk menolak permohonan Eric Paulsen untuk menggantung prosiding kes ini dengan alasan dia (Eric) sedang menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan yang perlu diselesaikan.

“Hakim bersetuju dengan hujahan Ustaz Hafiz bahawa adanya kes jenayah (Akta Hasutan yang Eric hadapi) bukan suatu keadaan istimewa yang mewajarkan kes itu digantung,” katanya kepada Ismaweb sejurus selepas perbicaraan selama tiga hari bermula Isnin dan berakhir hari ini ditangguhkan.

Pihak plaintif akan mengemukakan seorang saksi manakala pihak defendan bersedia dengan tiga orang saksi.

“Untuk makluman, pihak Ustaz Hafiz bersedia pada hari Isnin, Selasa dan Rabu, kami bersedia dengan semua saksi untuk kes ini, bersedia dan tak pernah melambat-lambatkan kes ini.

So, macam mana kan? Dia yang saman, dia yang nak gantung, dia buat kalut, dia tak bersedia atau dia tak mahu proceed. Patutnya dia tarik balik kes, tapi saya rasa saya tak boleh nak cakap lebih daripada itu,” katanya lagi.

Ustaz Hafiz turut diwakili peguam Tuan Ahmad Kamal Abu Bakar manakala Eric Paulsen diwakili peguam Latheefa Koya.

Sepanjang perbicaraan, Ustaz Hafiz kelihatan ceria ditemani oleh rakan-rakan NGO Islam yang lain.

Sebelum ini, Eric Paulsen yang merupakan seorang peguam dan aktivis Lawyers For Liberty, sebuah NGO liberal berkaitan hak asasi manusia, mengemukakan saman tuntutan balas ke atas Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dan Ustaz Hafiz selaku defendan pertama dan kedua.

Bagaimanapun Paulsen menarik balik saman tuntutan balasnya ke atas Isma setelah Isma menarik balik samannya ke atas Paulsen, tetapi Paulsen tidak menarik balik samannya ke atas Ustaz Hafiz.

Saman tuntutan balas Paulsen bersandarkan kepada artikel yang diterbitkan dalam Portal Islam dan Melayu (www.ismaweb.net) pada 09/02/2015 bertajuk “Jangan biar Eric Paulsen bebas tanpa perbicaraan” yang mana Ustaz Hafiz telah mengungkapkan kata-kata berikut:

Apa yang penting kita buktikan bahawa Eric yang didukung oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah sebagai seorang fraud yang ‘cari makan’ dengan menipu, memfitnah itu telah menghasut masyarakat membenci Islam dengan tweet-tweetnya yang tidak bertanggungjawab.”

Eric Paulsen kini sedang menghadapi pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana telah menulis kata-kata menghina Islam pada 9 Januari 2015 seperti berikut:

Jakim is promoting extremism every Friday. Government needs to address that if serious about extremism in Malaysia.”

BERITA BERKAITAN:

Isma terima permohonan maaf Eric Paulsen

Eric Paulsen biadap terhadap Islam dan umatnya

The post Eric Paulsen saman Ustaz Hafiz: Perbicaraan diteruskan 8, 9 Disember appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?