Guan Eng dakwa tak gentar, sedia hadapi usul undi tak percaya
GEORGE TOWN, Isnin – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya bagi mengukur tahap sokongan terhadapnya.
Setiausaha agung parti rasis dan cauvinis DAP itu berkata demikian sebagai mengulas gesaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mahu kerajaan negeri memanggil sidang Dewan Undangan Negeri tergempar untuk meluluskan undi percaya kepada Ketua Menteri.
Menurut Chang Yeow, sekiranya usul tersebut diluluskan, Guan Eng boleh kekal sebagai Ketua Menteri sehingga perbicaraan kes rasuahnya selesai.
Susulan cabaran itu, Guan Eng menegaskan bahawa beliau tidak gentar dengan tindakan pihak pembangkang dan menyifatkan ia sebagai amalan demokrasi.
“Sekiranya ada usul undi tidak percaya, kami dalam pakatan harapan akan menghadapinya, kami tidak akan lari daripada undi tidak percaya seperti yang berlaku di Parlimen.
“Kami akan berdepan dengannya dan ia harus dibenarkan kerana ini satu proses demokrasi,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, cadangan itu bagaimanapun perlu datang daripada Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid dan bukannya daripada pihak lain supaya ia dilihat sebagai satu usul yang serius.
“Sekiranya tidak percaya bolehlah usul undi tidak percaya tetapi biar ia dibuat oleh ketua pembangkang supaya nampak ia serius, kami bersedia berdepan, mereka (BN) kena putuskan siapa yg berikan arahan.
“Sekarang Teng (Chang Yeow) cakap lain, UMNO cakap lain, siapa yang buat kata pemutus?” soal Guan Eng.
Gesaan dibuat susulan keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang yang membatalkan hasrat untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) awal selepas tidak mendapat persetujuan daripada PRK.
The post Guan Eng dakwa tak gentar, sedia hadapi usul undi tak percaya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan