Hamas kecam rancangan Israel perkenal pendidikan Yahudi di sekolah Palestin
DOHA, Khamis – Hamas mengecam cubaan Israel untuk mengimplementasikan pendidikan adat Yahudi di sekolah Palestin di timur Baitulmaqdis.
Ahli Biro Politik Hamas, Ezzat al-Resheq dalam laman Twitternya mengutuk niat Israel yang cuba mengharamkan penggunaan kurikulum Palestin.
Beliau turut menyifatkan ia sebagai jenayah dan satu perbuatan yang melanggar hak pendidikan rakyat Palestin yang dilindungi oleh undang-undang antarabangsa.
“Kami dengan tegas menolak sebarang cubaan Israel untuk mengenakan ke atas rakyat Palestin kurikulum yang disediakan untuk dasar-dasar yang berdasarkan gambaran yang salah dan penyelewengan di kota suci,” katanya.
Baru-baru ini, ahli akademik Palestin dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi memberi amaran terhadap percubaan Israel untuk mengimplementasikan pendidikan Yahudi di sekolah-sekolah Palestin. – Agensi
The post Hamas kecam rancangan Israel perkenal pendidikan Yahudi di sekolah Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan