Imam perlu ikut Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah: EXCO Perlis

NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

KANGAR, Rabu – Imam, ahli kariah dan seluruh umat Islam yang bermastautin di negeri ini hendaklah menghayati dan beramal dengan Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Khairi Hassan menegaskan, imam yang dilantik di negeri ini perlu menjalankan tugas mengikut peraturan dan garis panduan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa agama Perlis.

Bagaimanapun, katanya, jika ada imam atau pegawai masjid ingin mempraktikkan amalan berbeza dalam ruang lingkup peribadi, itu hak peribadi mereka.

“Apabila menjalankan tugas yang diamanahkan, mereka terikat dengan peraturan dan garis panduan rasmi yang perlu dipatuhi,” katanya menjawab soalan lisan Mohd Shukri Ramli (PAS-Sanglang) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, di sini, hari ini.

The post Imam perlu ikut Manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah: EXCO Perlis appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?