Jangan terima bulat-bulat maklumat DoJ AS, siasat dulu sebelum percaya
KUALA LUMPUR, Khamis – Tokoh Akademik, Prof Madya Hanafiah Harun mengingatkan umat Islam di negara ini supaya berhati-hati dalam menerima atau mempercayai maklumat atau dakwaan terhadap kepimpinan negara khususnya dari pihak luar.
Hanafiah berkata demikian sebagai mengulas tindakan saman sivil Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) berhubung penyelewengan dana berkaitan 1MDB.
Ini kerana, dikhuatiri pihak luar itu mempunyai agenda dan muslihat untuk campur tangan dalam pentadbiran negara, katanya.
“Apa juga maklumat yang kita terima, sebagai umat Islam kita mestilah menyiasat terlebih dulu untuk memastikan kesahihan perkara tersebut sebelum kita mempercayainya,” katanya yang dipetik daripada Umno Online.
Beliau yang juga seorang profesor itu menegaskan mengenai kepentingan memperhalusi maklumat terlebih dahulu daripada menelannya bulat-bulat.
“Kita bimbangi jika maklumat yang datang dari mereka itu bertujuan untuk memecah belahkan rakyat dan mengkucar kacirkan politik negara demi agenda tertentu mereka,” katanya.
Beliau turut mengingatkan bahawa al-Quran juga menekankan kepentingan berhati-hati ketika menerima berita dari orang-orang yang fasik.
“Dalam isu-isu yang mengaitkan kepimpinan negara, ia adalah bersumberkan dari pihak luar yang bukan setakat fasik, malah mereka itu adalah orang-orang kafir.
“Jika menerima berita daripada orang-orang fasik pun kita mestilah siasat terlebih dulu, apatah lagi kalau maklumat dan berita itu datang dari orang kafir,” katanya.
The post Jangan terima bulat-bulat maklumat DoJ AS, siasat dulu sebelum percaya appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan