Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu ikrar galas amanah ayat 27 Al-Anfaal

ali-hamsa-and-dzulkifli-ahmad-3007 (1)

KUALA LUMPUR, Isnin – Datuk Dzulkifli Ahmad yang memulakan tugas sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baharu di Ibu Pejabat SPRM di sini berikrar akan melaksanakan tugasnya dengan penuh rasa sedar dan insaf.

Seiring menggalas tanggungjawab yang diamanahkan padanya, beliau memetik firman Allah S.W.T di dalam Al Quran, Ayat 27, Surah Al-Anfaal, yang bermaksud :–

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.”

“Peringatan Allah SWT ini akan sentiasa saya jadikan pegangan serta pedoman sepanjang saya melaksanakan amanah yang amat berat ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dzulkifli berkata, pelantikan ini merupakan peluang untuk beliau terus berkhidmat dan berbakti kepada negara.

“Saya akan berusaha sebaik mungkin melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya, SPRM, dalam misi SPRM menerajui usaha-usaha pencegahan rasuah di Malaysia secara amanah, tegas dan adil,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau turut melahirkan rasa hormat dan takzim kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah atas pelantikan itu.

“Saya turut ingin merakamkan penghargaan kepada pihak Kerajaan atas keyakinan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya,” katanya lagi.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa pada Jumaat lepas mengumumkan pelantikan Dzulkifli sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mulai 1 Ogos 2016 sehingga 31 Julai 2021.

Dzulkifli, yang sebelum ini merupakan Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara, menggantikan Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed.

Abu Kassim pula akan ditempatkan sebagai Pakar Perunding Integriti, Fakulti Undang-undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

The post Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu ikrar galas amanah ayat 27 Al-Anfaal appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?