Khairy adakan pertemuan dengan EXCO FAM, Khamis ini

Rumah Khairy Jamaluddin dirompak tiga pencuri

KUALA LUMPUR, Selasa – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akan mengadakan pertemuan dengan EXCO Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pada Khamis ini bagi membincangkan formula untuk menyelesaikan isu prestasi bola sepak negara.

Beliau berkata, pertemuan itu nanti tidak akan melibatkan pemilik pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) kerana baginda tidak mempunyai kedudukan dalam EXCO.

“Saya akan maklumkan kepada mereka apakah cadangan yang telah dipersetujuai bersama antara Presiden FAM (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) dan saya.

“Saya hanya sebagai pemudah cara, kalau dipersetujui oleh EXCO, saya harap dapat diumumkan nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan peserta program latihan amali Pengajian Islam di sini hari ini.

Khairy yang akan berlepas ke Rio de Janeiro, Brazil pada 11 Ogos ini berkata, beliau berharap kata sepakat dapat dicapai dan isu ini dapat ditangani sebelum beliau berlepas menyertai kontinjen negara.

Selasa lepas, Khairy telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Abdullah yang berlangsung lebih sejam bagi mencari kaedah penyelesaian permasalahan yang melanda badan induk bola sepak negara itu.

Pertemuan itu merupakan susulan isu persaraan empat pemain Johor Darul Takzim (JDT) daripada skuad kebangsaan dan dakwaan Tunku Ismail yang mendakwa mempunyai bukti salah laku di dalam badan induk berkenaan. – Bernama

The post Khairy adakan pertemuan dengan EXCO FAM, Khamis ini appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?