KLIA2 untuk syarikat penerbangan tambang rendah

klia2_10

KUALA LUMPUR, Jumaat – Malaysia Airlines Berhad (MAS) boleh menikmati cukai lebih rendah dan menggunakan terminal tambang rendah KLIA2 sekiranya ia beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, adalah menjadi dasar kerajaan mengenakan cukai lebih rendah terhadap syarikat penerbangan tambang rendah untuk menyokong sektor itu.

“Oleh itu, saya tidak nampak sebab kenapa MAS hendak mempersoalkan perkara itu ketika ini. Lainlah kalau MAS ingin mengendalikan penerbangan tambang rendah, maka bolehlah mereka menikmati cukai lapangan terbang yang rendah.

“Suatu masa dulu, MAS juga mengadakan penerbangan tambang rendah, jadi kami mengalu-alukan MAS mengendalikan syarikat penerbangan tambang rendah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap gesaan berulang kali ketua pegawai eksekutif MAS Peter Bellew agar kerajaan menyeragamkan caj perkhidmatan penumpang di KLIA dan KLIA2.

Bellew dilaporkan berkata, MAS sedang menimbang untuk memindahkan sebahagian penerbangannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) ke klia2 berikutan cukai lebih tinggi yang dikenakan di KLIA dan sekali gus menjejaskan keuntungan syarikat penerbangan itu.- Bernama

The post KLIA2 untuk syarikat penerbangan tambang rendah appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?