Konsep patuh syariah perlu diperluas: PAS

Ir-Khairil-Nizam-Khirudin-Naib-Ketua-Pemuda-PAS

KUALA LUMPUR, Rabu – Naib Ketua Pemuda PAS, Khairul Nizam Khirudin menggesa konsep ‘patuh syariah’ diperluaskan ke bidang-bidang lain, termasuk perundangan.

Beliau berkata, konsep itu bukan hanya perlu dipraktikkan dalam pilihan simpanan syariah dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Malah, pelaksanaan patuh syariah tidak boleh dipilih-pilih dan patut diperluaskan ke bidang perundangan.

“Jika majoriti rakyat yakin dengan skim patuh syariah KWSP, mengapa keyakinan sama tidak boleh diberikan juga terhadap pindaan kepada Mahkamah Syariah (Undang-Undang Jenayah) Akta 1965 (Akta 355),” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan berkata, beliau yakin pengenalan skim simpanan patuh syariah KWSP akan menggalakkan pelaksanaan syariah dalam bidang undang-undang.

“Saya optimis bahawa aspek patuh syariah ini juga akan mendapat sokongan dan penyertaan orang ramai dan pelbagai pihak jika dilaksanakan dalam bidang-bidang lain termasuk bidang perundangan di negara ini,” katanya.

“Dogma ‘patuh syariah’ akan menimbulkan masalah di kalangan bukan Islam adalah tidak benar dan sudah lagi tidak wujud “kerana patuh syariah adalah rahmat untuk semua”,” katanya.

Dalam masa yang sama, Nasrudin berkata, beliau bersyukur perkara yang ditimbulkannya dalam Dewan Rakyat tahun lalu itu diberi perhatian serius oleh kerajaan.

Beliau turut berasa gembira kerana kerajaan menunjukkan kesediaannya memastikan aspek patuh syariah ditegakkan dalam skim simpanan wang persaraan pekerja.

“Saya menyakini bahawa aspek patuh syariah ini semakin mendapat perhatian, minat dan sokongan pelbagai pihak.

“Buktinya dapat dilihat jelas menerusi sistem kewangan dan perbankan Islam yang telah diperkenalkan sebelum ini dan terbaru menerusi skim simpanan syariah ini,” katanya.

The post Konsep patuh syariah perlu diperluas: PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian