Krisis personaliti pemimpin punca kemelut di Terengganu

pix1

KUALA LUMPUR, Sabtu – Rakyat tidak wajar diheret dalam pertelagahan peribadi dua pemimpin politik di Terengganu sehingga memaksa Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan bagi memberi laluan Pilihan Raya Negeri (PRN).

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tidak bijak sekiranya mengadakan PRN yang akan membabitkan belanja yang banyak untuk tempoh kurang dua tahun.

Ini berikutan katanya, punca kemelut yang berlaku di negeri itu bukan disebabkan krisis politik sebaliknya krisis personaliti antara dua tokoh, Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

“Jadi adalah lebih bijak sekiranya Menteri Besar Terengganu berusaha menyelesaikan krisis itu secara berhikmah.

“Keutamaan patut diberi untuk penyatuan dan solidariti UMNO Terengganu bagi menghadapi PRU-14 dan bukannya membubarkan DUN untuk PRN,” katanya.

Kelmarin Razif memaklumkan jika keadaan terus memaksanya, kemungkinan besar pilihan raya negeri akan diadakan kerana ia merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik berpanjangan yang melanda negeri itu.

Mengulas lanjut Mustapha berkata, beliau merayu supaya permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik.

“Ahmad Razif dan Ahmad adalah tokoh berjiwa besar yang boleh duduk bersama untuk berunding.

“Veteran UMNO merayu kedua-dua mereka meletakkan keutamaan kepada usaha penyatuan barisan kepemimpinan UMNO Terengganu dalam menyusun strategi bagi mempertahankan Terengganu supaya kekal berada dalam penguasaan BN pada PRU-14,” katanya.

The post Krisis personaliti pemimpin punca kemelut di Terengganu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?