Malaysia kenal pasti pengurusan kekayaan Islam sebagai bidang pertumbuhan baharu

JAKARTA 02 AUGUST 2016. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan ucapan pada Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-12 (WIEF ke-12) di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC), Jakarta. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Sumber foto: NSTP/AIZUDDIN SAAD

JAKARTA, Selasa – Malaysia mengenal pasti segmen pengurusan kekayaan Islam sebagai bidang pertumbuhan baharu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah, Najib berkata, negara ini juga sentiasa mengintai peluang kerjasama dengan pelbagai pihak lain termasuk industri dan ahli akademik bagi meluaskan hubungan antarabangsa, mengukuhkan bakat dan keupayaan serta mengembangkan pasaran modal Islam untuk manfaat semua.

“Kewangan Islam umpamanya semakin mendapat perhatian bukan hanya di negara Islam tetapi juga di pusat kewangan antarabangsa seperti Hong Kong dan London.

“Semakin ramai yang mengiktirafnya sebagai model pelaburan yang mapan dan bertanggungjawab serta langkah lebih selamat bagi menyokong sistem kewangan global,” katanya dalam Ucapan Khas pada perasmian Forum Ekonomi Islam Sedunia ke-12 (WIEF Ke-12) di sini, hari ini.

Najib berkata, sebagai contoh, pasaran modal Islam Malaysia yang kini bernilai RM1.7 trilion, berkembang hampir tiga kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu, sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai destinasi utama urus niaga dan perniagaan patuh Syariah.

Selain itu, Malaysia juga terus menerajui pasaran sukuk, menguasai 54.3 peratus daripada sukuk global pada penghujung 2015.

“Saya mahu nyatakan di sini bahawa sejak 2009, kami sudah mewujudkan 1.8 juta pekerjaan, meningkatkan Pendapatan Negara Kasar hampir sebanyak 50 peratus, inflasi kekal rendah dan mencatat paras tertinggi baharu kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

“Program transformasi telah membantu Malaysia kekal berdaya tahan ketika kemelesetan ekonomi, membolehkan negara terus mencatat pertumbuhan walaupun harga minyak dan komoditi merosot,” katanya.

The post Malaysia kenal pasti pengurusan kekayaan Islam sebagai bidang pertumbuhan baharu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?