MB Terengganu tidak akan tunduk desakan berundur

ahmadrazifabdrahmansayscom5d80

KUALA TERENGGANU, Khamis – Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman menegaskan tidak akan tunduk kepada tekanan yang menuntut beliau berundur walaupun terdapat pergolakan politik dalam kerajaan negeri itu.

Ahmad Razif, yang kini diasak bekas penyandang jawatannya kini, Datuk Seri Ahmad Said berkata bahawa “semuanya berjalan lancar dengan keluarga UMNO ” di Terengganu dan menyatakan bahawa tidak akan ada pilihan raya negeri mengejut.

“Senario politik di negeri ini adalah stabil walaupun ada sesetengah pihak yang mencetuskan masalah sebelum sidang DUN,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri.

Kesemua sembilan EXCO menghadiri mesyuarat itu, termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib yang mengadakan sidang media pada Selasa dengan membuat kritikan terhadap Menteri Besar dan mempertahankan Ahmad Said.

Sementara itu, sumber rapat dengan Menteri Besar berkata, isu pilihan raya negeri mengejut dibincangkan dalam mesyuarat tertutup dua hari lalu.

Mesyuarat berkenaan bersepakat bahawa cara terbaik untuk menyelesaikan dilema yang timbul ialah menerusi pembubaran DUN dan mengadakan pilihan raya baharu.

“Masalah berlaku membabitkan segelintir Adun dan bukan majoriti. Kita bersetuju jika terdapat desakan, MB tidak akan berundur tetapi akan menghadap Sultan untuk membubarkan sidang DUN.

“Semua dalam UMNO bersedia dengan pilihan raya mengejut dan penentuan akan dibuat pada 8 Ogos,” kata sumber itu.

The post MB Terengganu tidak akan tunduk desakan berundur appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?