PAS gesa Ahli Parlimen Islam DAP sokong RUU 355
BANGI, Selasa – PAS mahu Ahli Parlimen (MP) yang beragama Islam supaya mengenepikan sentimen parti masing-masing sebaliknya bersatu menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia.
Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, MP Muslim daripada parti rasis dan cauvinis DAP juga perlu menyokong RUU atas kapasiti seorang yang beragama Islam.
“Mereka perlu menyokong atas nama seorang Islam, manakala anggota parlimen DAP lain kalau tidak mahu sokong itu terpulang kepada mereka sebab bukan beragama Islam.
“Anggota parlimen bukan Muslim tidak sokong tak apa, tetapi jangan pula hendak menghalang apa kita bawa,” katanya pada Himpunan Menyokong RUU 355 di Wakaf Bharu, malam tadi.
RUU Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) akan dibentang bacaan kali kedua pada persidangan Parlimen Oktober hadapan oleh MP Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
RUU itu hanya memerlukan sokongan majoriti mudah seramai 112 MP bagi membolehkan ia diluluskan.
The post PAS gesa Ahli Parlimen Islam DAP sokong RUU 355 appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan