Pesawat Emirates Airline terbakar kemalangan di lapangan terbang Dubai

plane landed crash dubai
DUBAI, Rabu – Pesawat Boeing 777 milik Emirates Airline terbakar teruk akibat kemalangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai hari ini.

Semua penumpang dan anak kapal selamat daripada sebarang kecederaan.

Pesawat itu baru sahaja mendarat selepas memulakan penerbangan dari Kerala, India.

Setakat ini semua penerbangan masuk dan keluar dihentikan sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Syarikat Emirates Airline dalam satu kenyataan di Twitter berkata, pesawat itu membawa 282 penumpang dan 18 kru daripada 20 negara.

Punca kemalangan sedang disiasat pihak berkuasa. – Agensi

The post Pesawat Emirates Airline terbakar kemalangan di lapangan terbang Dubai appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?