Pesawat Emirates dari India terbabit nahas ketika mendarat di Dubai

dubai-airport

DUBAI, Rabu – Sebuah pesawat Emirates terbabit dalam nahas ketika mendarat di lapangan terbang di sini, hari ini.

“Sebuah pesawat Emirates dari India terbabit dalam nahas ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

“Semua penumpang selamat dikeluarkan dan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini,” kata Pejabat Media Dubai dalam akaun Twitter, sebentar tadi.

Ia juga memaklumkan bahawa semua penerbangan keluar dari lapangan terbang itu dihentikan “sehingga notis lanjut.”

Dalam masa yang sama, Emirates mengesahkan insiden terbabit.

“Kami mengesahkan penerbangan EK521 dari Thiruvananthapuram ke Dubai terbabit dalam nahas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai,” katanya dalam Twitter.

Syarikat itu berkata, ada 275 penumpang dan kru di dalamnya dan keutamaan mereka sekarang adalah keselamatan semua yang terbabit.

Kerajaan memaklumkan kesemua penumpang selamat dikeluarkan.

The post Pesawat Emirates dari India terbabit nahas ketika mendarat di Dubai appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?