Singapura mempertingkat keselamatan negara selepas rancangan serangan

38travel-ke-singapura-dana-satu-jutaan

SINGAPURA, Jumaat – Singapura telah meningkatkan tahap keselamatan di sempadan dan pendalaman selepas polis Indonesia menahan enam militan di Batam berikutan disyaki merancang serangan ke atas negara itu.

Kementerian Dalam Negeri (MHA) Singapura dalam satu kenyataan berkata, pihaknya mengetahui berhubung rancangan enam suspek pengganas itu.

“MHA mengetahui mengenai rancangan yang sedang dibuat oleh enam suspek militan yang ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia.

“Agensi-agensi keselamatan kami telah menyelaras dan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia sejak mengetahui plot serangan itu dan memantau aktiviti kumpulan serta menangkap mereka yang terlibat,” kata kementerian itu, hari ini.

Kementerian itu berkata lagi, pihak polis dan agensi lain telah mempertingkatkan keselamatan di sempadan negara berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga kepada ancaman itu.

Sebelum ini, Polis Indonesia menangkap enam suspek militan di Batam, termasuk ketuanya yang merancang melancarkan roket ke Marina Bay di Singapura.

Suspek militan daripada Katibah Gigih Rahmat atau KGR diketuai Gigih Rahmat Dewa, 31, and Bahrun Naim, dipercayai pernah menyertai militan IS di Iraq dan Syria.- Agensi

The post Singapura mempertingkat keselamatan negara selepas rancangan serangan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?