Tak boleh guna pasport dijumpai selepas lapor hilang

Malaysia-Online-Passport-Renewal02-599x320

PUTRAJAYA, Isnin – Pasport antarabangsa yang dijumpai semula selepas dilaporkan hilang tidak boleh digunakan dan permohonan gantian perlu dibuat untuk tujuan ke luar negara, kata Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Dalam satu kenyataan hari ini berkata, kementerian itu mewajibkan kehilangan pasport dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkuat kuasa 27 Februari tahun lalu.

Menurut KDN, semua maklumat mengenai pasport yang dilaporkan hilang akan dikongsi dalam pangkalan data Interpol.

“Langkah ini diambil bagi memastikan pasport berkaitan tidak disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Dalam konteks ini, pasport yang dijumpai semula tidak boleh digunakan dan permohonan gantian hendaklah dibuat untuk tujuan ke luar negara,” katanya.

Menurut KDN, Pangkalan Data Stolen and Lost Travel Document (SLTD) Interpol boleh diakses oleh beberapa negara termasuk Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Penggunaan semula pasport yang dilaporkan hilang di negara-negara yang mempunyai akses kepada pangkalan data SLTD Interpol akan diambil kira sebagai perjalanan dengan dokumen yang tidak teratur, katanya.

Ia boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada pemegang pasport sama ada pemilik sebenar atau pihak ketiga yang cuba menyalahgunakannya.

“Dengan ini, KDN mengingatkan semua pihak supaya mematuhi arahan melaporkan kehilangan pasport kepada PDRM,” kata KDN. – Bernama

The post Tak boleh guna pasport dijumpai selepas lapor hilang appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?