Tuan Guru Haji Hadi hadir Persidangan Kesatuan Ulama Islam Sedunia di Turki
KONYA, Rabu – Presiden PAS yang juga Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hadir ke Persidangan Lembaga Pemegang Amanah Kesatuan Ulama Islam Sedunia (IUMS).
Persidangan yang berlangsung selama empat hari itu bermula hari ini, 3 Ogos dan tamat pada 6 Ogos.bertempat di Konya, Turki.
Kesatuan Ulama Islam Sedunia adalah sebuah organisasi ulama Islam yang diketuai oleh pemimpin Ikhwanul Muslim, Yusuf al-Qaradawi.
Ia ditubuhkan pada 11 Julai 2004 dan berpangkalan di Qatar.
Ia telah dilancarkan bersempena dengan lawatan Yusuf al-Qaradawi ke London bagi mesyuarat Majlis Eropah untuk Fatwa dan Penyelidikan.
The post Tuan Guru Haji Hadi hadir Persidangan Kesatuan Ulama Islam Sedunia di Turki appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan